Rakyat bakal menyaksikan pertembungan pilihanraya yang mahal, ekoran perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh, tanpa sebab munasabah. Walau apapun alasannya, pilihan raya kecil terpaksa dijalankan dengan kos yang ditanggung dana awam, di samping pelbagai pengumuman projek dan pemberian imbuhan yang mencecah ratusan juta.
Jelas ada kelompangan dalam perjalanan demokrasi pilihan raya di Malaysia. Golongan muda berpendapat, demokrasi yang matang menyanjung dan menghormati ketinggian nilai mandat yang diberikan oleh rakyat. Jika dahulu ada yang khianati mandat dengan melompat parti, kini ada yang “pertaruhkan” mandat dengan meletakkan jawatan.
Sudah tiba masanya satu kajian dibuat bagi mencari mekanisma atau peraturan yang dapat mengekang situasi ini, sama ada dengan meminda akta pilihan raya ataupun fasal perlembagaan berkaitan.
Satu bentuk penalti monetari yang tinggi patut dikenakan pada wakil rakyat yang meletakkan jawatan secara sengaja tanpa alasan munasabah, contohnya minima RM500,000 untuk Ahli Dewan Rakyat dan RM300,000 untuk Ahli Dewan Negeri, sebagai “denda moral” terhadap hilangnya nilai integriti calon dan parti yang diwakili.
Oleh Syahir Sulaiman
Lagi...www.themalaysianinsider.com
Jarumemas: Pembangkang sengaja mahu kerajaan berbelanja supaya akhirnya nanti mereka juga yang akan menuduh kerajaan menghabiskan duit rakyat.
No comments:
Post a Comment