Satu kalendar e-mel bertajuk "Kebangkitan Malaysia" yang sedang diedarkan di ruang siber dengan jelas menyatakan apa yang akan diperoleh oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun ini.
Sumber kalendar kreatif itu tidak diketahui, namun pada kata aluannya dinyatakan bahawa ia dihasilkan oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia.
Tujuannya adalah untuk mengingatkan rakyat mengenai kenaikan kos sara hidup yang dipecahkan kepada 12 segmen, satu untuk setiap bulan.
"2014 akan menjadi tahun kewangan suram bagi rakyat Malaysia dengan kenaikan kadar tol, tarif elektrik, pengangkutan awam, kemungkinan pengurangan subsidi bahan api dan pelaksanaan GST," tertulis pada kalendar itu.
Dikatakan banyak maklumat pada kalender itu berdasarkan sumbangan oleh mereka yang "meluahkan kekecewaan" di laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Lagi...www.themalaysianinsider.com
Jarumemas: Tak habis-habis mahu memburukkan nama PM. PMO perlu berbuat sesuatu bagi menjernihkan kembali nama PM.
No comments:
Post a Comment