Wednesday, 11 December 2013

Jalur Gemilang Mula Berkibar Di Stadium Tertutup Nasional Thuwunna, Yangon

YANGON, 10 Dis (Bernama) -- Jalur Gemilang bersama-sama bendera 11 negara anggota ASEAN lain dinaikkan pada satu majlis ringkas sempena temasya Sukan SEA ke-27 Myanmar di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia, Md Saadon A.Shukor juga hadir pada majlis ringkas yang diadakan di Thuwunna National Indoor Stadium, Yangon sebagai tanda simbolik bahawa semua atlet bersedia untuk memulakan saingan pada temasya dwitahunan tersebut.

Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera negara anggota bermula dengan Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Sebanyak tujuh acara akan berlangsung di Yangon iaitu bola sepak, hoki, gusti, kempo, angkat berat, menembak, dan bina badan.

Kontinjen negara mengambil bahagian dalam empat acara iaitu hoki, angkat berat, menembak dan bina badan.

Sumber: BERNAMA


Jarumemas: Semoga  atlet negara dapat membawa balik sebanyak mungkin pingat  untuk negara. Negara telah membelanjakan jutaan ringgit untuk anda dari pelbagai aspek dan sewajarnya anda menjulang nama negara. 

No comments:

Post a Comment