Bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar menyatakan kesedihannya terhadap kecederungan pelbagai pihak, termasuk pemimpin negara memainkan isu yang tidak timbul sebelum ini, seperti kedudukan istimewa Bumiputera.
Katanya, bukan itu sahaja, malah kedudukan raja-raja pun mula disentuh dan kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan pula dibangkit dan dipermainkan.
"Masya-Allah, semacam ada satu grand design (perancangan besar) yang sedang digerakkan yang pada pandangan patik, jika tidak di kawal dengan bijaknya boleh menghancurkan negara," katanya.
Berucap dalam jamuan teh diraja bersama pesara kerajaan sempena ulang tahun ke-68 Sultan Selangor, Hanif berkata, keadaan itu menyebabkan perasaan rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam tidak lagi di pedulikan.
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Semoga Allah lindungi Malaysia dari segala musibah yang boleh menghancurkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.
No comments:
Post a Comment