Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mempertahan kerusi Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti bulan depan, semalam menepis cubaan pihak yang cuba memperlekeh keupayaan dan prestasi sayap itu.
Beliau berkata prestasi Wanita Umno memang tidak boleh dinafikan, malah ia juga menjadi tunjang kekuatan dan kemenangan Umno serta Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Wanita Umno hari ini lebih bersatu dan mantap, justeru menjadikan pergerakan itu idaman ramai, katanya.
"Kita bukan paper tiger. Gitu-Gitu bagi syarahan, bagi retorik. Kita memang turun padang. Saya nak cabar siapa boleh pertikaikan itu. Kami ini pergerakan di peringkat akar umbi," katanya kepada wartawan di pejabatnya di Menara Dato Onn di ibu negara.
Shahrizat diminta mengulas kenyataan pencabarnya, Datuk Maznah Mazlan bahawa keputusan beliau bertanding jawatan Ketua Wanita adalah kerana mahu memperkuatkan sayap itu supaya dihormati dan tidak diperlekeh oleh sesiapa.
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Kaum wanita perlu membuat pilihan yang tepat demi wanita.
No comments:
Post a Comment