Friday, 14 June 2013

‘Teladan buruk’ jika Pakatan terima tawaran berhimpun di stadium, kata Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pakatan Rakyat (PR) bertegas untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan “Blackout 505”, di mana ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli berkata sekiranya mereka menerima tawaran berhimpun di stadium akan memberi “teladan buruk” kata himpunan-himpunan lain di masa depan.
Rafizi berkata orang ramai mahu melaksanakan hak untuk berhimpun secara aman selagi ianya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Ia memberikan satu teladan yang sangat buruk,” kata Pengarah Strategi PKR kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis di sini hari ini.
Menurut Rafizi, tidak ada perkara baru yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu, dengan pihak berkuasa menegaskan pembangkang PR perlu menggunakan stadium dan bukannya ruang terbuka, walaubagaimanapun PR masih mahu menggunakan padang berhampiran mercu tanda Dataran Merdeka di pusat bandar di sini.
Jarumemas: Selama ini memang pembangkang lebih banyak menunjukkan contoh yang buruk kepada rakyat...

No comments:

Post a Comment