Friday, 14 June 2013

Proton tawar kereta harga rendah mampu milik semua rakyat malaysia pada Sabtu

JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Proton akan menawarkan kepada rakyat Malaysia pada Sabtu ini, satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.
Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu, yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara.
"Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah, kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti, malah aspek keselamatannya dipertingkatkan lagi," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini.
Sumber: Bernama
Jarumemas: Masih setia dengan yang ada....

No comments:

Post a Comment