BUKIT MERTAJAM, 21 April -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi
Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail percaya kaum Cina di kawasan
itu sudah kembali memberi sokongan kepada BN.
Katanya keyakinan itu berdasarkan kehadiran kaum Cina pada setiap program anjuran BN yang bertambah dan rata-rata mereka memberi reaksi positif terhadap program yang dianjurkan.
"Sambutan (masyarakat Cina) sangat hebat dan saya yakin sokongan ini datang dengan penuh keikhlasan daripada mereka semua untuk melihat satu perubahan yang besar berlaku di Permatang Pauh ini.
"Saya juga yakin dengan kawan-kawan saya, pemimpin yang ada di Permatang Pauh ini telah memberikan sokongan yang sangat padu kepada saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jalinan Mesra 1Malaysia anjuran Gerakan di Kampung Pauh Sama Gajah, dekat sini Ahad malam.

Sumber: Info Malaysia
Jarumemas: Permatang Pauh jadi taruhan,
Dendan Anwar tiada kesudahan
Jangan nafsu jadi taruhan
Gunakan akal buat pilihan.
No comments:
Post a Comment