KUALA LUMPUR, 22 April -- Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri
Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan borang menyertai PAS hari ini, tetap
mengakui Barisan Nasional telah banyak berjasa dalam membangunkan
negara secara dinamik sehingga menjadi maju.
Malah hasil kemakmuran negara banyak melahirkan golongan berpendapatan tinggi terutamanya bagi orang Melayu, katanya semasa berucap selepas menyerahkan borang kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS di sini Isnin.
Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Muhammad Taib yang berjuang selama 40 tahun bersama Umno berkata yang menjadi kebimbangannya ialah pengisian ilmu agama terhadap generasi muda yang dilihat kurang diberi perhatian sehingga ramai yang tersasar dan mengalami masalah moral dan sosial.
Beliau berkata beliau berhasrat menyertai PAS sejak setahun lepas.

Sumber: Info Malaysia
Jarumemas: Ketika jadi pemimpin kenapa tak terfikir untuk berbuat sesuatu tentang pengisian agama dalam kalangan generasi muda? Adakah dengan menyertai Pas isu ini akan dapat diatasi? Buktikan...
No comments:
Post a Comment