KUALA LUMPUR, 3 April — Dalam ucapan semasa membubarkan Parlimen ke
12 sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru agar
peralihan kuasa di peringkat persekutuan atau negeri perlu dilakukan
secara aman.
Ucapan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dilihat sebagai komitmen
beliau untuk menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum (PRU) ke 13
yang bakal diadakan tidak lama lagi.
“Jika terdapat peralihan kuasa, sama ada di peringkat persekutuan
atau negeri, ianya perlu dilakukan secara aman,” kata Najib dalam ucapan
secara langsungnya yang disiarkan oleh stesen televisyen nasional pagi
tadi.
Jarumemas: Keamanan negara adalah segala-galanya untuk kita rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment