SHAH ALAM, 2 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia perlu menilai secara
waras parti mana yang hendak dipilih pada pilihan raya bagi memastikan
negara terus stabil.
Beliau berkata di Malaysia kini ada sistem dua parti, iaitu parti
memerintah yang berbilang kaum dan berkongsi kuasa selama 55 tahun serta
parti yang mencabar, juga mengamalkan perkongsian kuasa.
"Persoalannya, siapa yang layak memerintah negara ini? Saya buat
penilaian (parti memerintah) yang sedia ada lebih faham konsep
perkongsian daripada yang mencabar (pembangkang)," katanya semasa
berucap pada Forum Kepimpinan Pendidikan 2013 anjuran Majlis Pengetua
Sekolah Malaysia Selangor, Jabatan Pelajaran Selangor dan Majlis
Guru-Guru Besar Selangor di sini hari ini.
Jarumemas: Barisan Nasional tetap di hatiku....
No comments:
Post a Comment