SHAH ALAM, 11 April -- Parti politik dinasihat supaya tidak membenarkan
anggota mereka memakai pakaian seragam yang seakan-akan pihak berkuasa
kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menyalahi undang-undang.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata tindakan anggota parti politik yang memakai pakaian beruniform lengkap berberet, kasut but, baju berlogo serta menggunakan senjata seperti cota perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa, dan tidak boleh dipakai sewenang-wenangnya.
"Kami menerima maklumat seperti kejadian pada 9 April lepas, ada parti tertentu melengkapkan beberapa anggota dengan pakaian beruniform siap berberet di mana tindakan ini tidak sihat serta menimbulkan kekeliruan kerana mereka bukan pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Khamis.

Sumber: Info Malaysia
Jarumemas: Hajat di hati nak jadi polis tapi tak cukup syarat....
No comments:
Post a Comment