KUALA LUMPUR, 12 April — Ada pandangan menyatakan calon muda akan
memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam memenangi hati
pengundi muda, namun pemerhati politik melihat calon berusia juga boleh
menawan golongan itu jika mampu menjadi jaguh kepada aspirasi dan
kehendak mereka.
Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara
Malaysia (UUM)Md Syukri Shuib berkata golongan muda tidak akan menolak
mentah-mentah calon BN yang lebih berusia pada pilihan raya umum ke-13
(PRU13) jika mereka dapat menjamin masa depan cemerlang buat Generasi Y.
“Usia bukan isu sangat tapi apa yang penting adalah sejauh mana orang
dah berusia ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak golongan muda
terutama di abad ke-21 ini,” katanya kepada Bernama.
Md Syukri dalam pada itu mencadangkan supaya BN meletakkan 60 peratus
calon berusia tidak lebih 60 tahun manakala 40 peratus lagi golongan
muda berumur antara 30 dan 40 tahun.
Jarumemas: Jangan salah percaturan ya BN...
No comments:
Post a Comment