IPOH, 24 April -- Konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional dalam
kalangan pelbagai kaum di negara ini terbukti menjadi formula yang
berjaya membawa pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan keamanan serta
kestabilan di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
"Tiada siapa pun yang boleh menafikan bahawa negara ini berkembang dan menjadi kaya kerana BN berupaya mentadbir negara ini dengan baik," katanya pada majlis jamuan malam bagi meraikan beliau di Ipoh, Selasa malam.
Dr Mahathir menegaskan terdapat sesetengah pihak percaya bahawa Malaysia telahpun menjadi sebuah negara maju, hasil usaha kaum utamanya selain penduduk di Sabah dan Sarawak yang sedia bekerjasama dalam sebuah parti gabungan demi kejayaan negara ini.
Sambil membidas parti pembangkang yang cuba meniru cara BN mewujudkan sebuah perikatan, beliau berkata parti gabungan pembangkang bukanlah tulen.
Tidak seperti BN, katanya, mereka bertanding dalam pilihan raya menggunakan lambang masing-masing dan kekurangan ideologi serta dasar bersama.

Sumber: Info Malaysia
Jarumemas: Dengarlah kata dan nasihat orang yang tersohor dengan corak kepimpinannya suatu ketika dulu.
No comments:
Post a Comment