ALOR SETAR, 24 April -- Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-13.
Menteri
Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pengumuman ini dibuat bagi
memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar
mengundi pada hari tersebut.
Katanya perkara itu diputuskan pada
mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara
itu dan cuti umum itu adalah berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari
Kelepasan 1951.
"Orang ramai boleh keluar mengundi. Tak ada
masalah lagi nak keluar mengundi atau tidak," katanya pada sidang akhbar
selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Aman di sini.
Ahad merupakan hari bekerja di Kedah.
Sumber: Info Malaysia
Jarumemas: Kalau BN buat begini dah tentu puak-puak pembangkang kata BN nak beli undi...
No comments:
Post a Comment