Tuesday, 12 March 2013

Undi tidak pasti bagi BN walaupun gaji pasukan keselamatan dinaikkan, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Langkah Putrajaya untuk menaikkan gaji anggota polis dan tentera menjelang Pilihan Raya 2013 tidak semestinya menguatkan sokongan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk menyetarakan gaji pasukan keselamatan dengan penjawat awam lain seperti diumumkan semalam, menelan belanja RM1.5 bilion untuk meningkatkan gaji bagi mereka yang tidak dinaikkan gaji tahun lalu, satu langkah dilihat untuk meningkatkan sokongan BN dalam pilihan raya akan datang. 

Persepsi umum adalah pengumuman tersebut bermakna sokongan lebih kuat pasukan keselamatan oleh kerana tentera dan polis dilihat sebagai penyokong tradisonal BN. Akan tetapi maklumat lebih bebas di internet, tempat berkempen bagi pembangkang menyebabkan persepsi tersebut dicabar, kata penganalisis.

“Secara tradisionalnya, mereka diketahui menyokong kerajaan, akan tetapi untuk mengatakan mereka tidak mampu membuat keputusan termaklum dengan aliran maklumat bebas kini adalah keterlaluan,” kata Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada The Malaysian Insider.


Jarumemas: Walaupun adalaporan media siber yang memperkatakan bermacam tentang kepimpinan Najib, tapi masih ramai rakyat marhein yang mahukan kerajaan sedia ada meminpin negara.

No comments:

Post a Comment