KUALA LUMPUR, 11 Mac — Lebih daripada 49
peratus pekerja Malaysia yang menerima bonus menyatakan mereka tidak
berpuas hati dengan bayaran bonus masing-masing, demikian menurut kaji
selidik tahunan JobStreet.com.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengambilan pekerja online,
JobStreet, berkata kebanyakan industri membayar purata bonus 1.5 bulan.
“Bonus tertinggi diterima, yang merupakan enam bulan atau lebih,
dibayar oleh syarikat di dalam sektor kewangan dan perbankan,
telekomunikasi dan peruncitan,” katanya.
Jarumemas: Setakat ini kakitangan awam hanya mendapat bonus satu bulan setengah, itupun ramai yang marah kerana harga barangan naik mendadak. Pihak swasta yang mendapat bonus sehingga 6 bulan gaji inilah yang patut dipersalahkan bila harga barangan naik.
No comments:
Post a Comment