Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan tabung kebajikan kepada
keluarga anggota polis yang terkorban atau cedera dalam serangan
penceroboh bersenjata di Sabah.
Dalam satu kenyataan, tabung itu diwujudkan selepas menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepada balu dan anak mangsa yang terkorban dan cedera.
"PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban," kata kenyataan itu.
Kenyataan yang disiarkan laman sosial facebook PDRM menyebut, segala bentuk bantuan boleh disalurkan kepada Tabung Kebajikan PDRM melalui akaun Maybank bernombor 564100004646.

Jarumemas: Moga Allah mencucuri roh mereka yang terkorban.
No comments:
Post a Comment