Kerajaan negeri Sabah akan memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada
setiap keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu dan
Semporna.
Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kabinet negeri yang membincangkan perkara itu turut bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu.
"Di samping itu, kerajaan negeri akan mempertimbang pemberian bantuan lain yang sesuai kepada balu dan anak-anak anggota serta pegawai polis terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet Sabah di Wisma Innoprise, di Likas hari ini.

Jarumemas: Yang pergi tetap pergi yang tinggal perlu teruskan penghidupan.
No comments:
Post a Comment