Tuesday, 19 March 2013

Shahnon tolak Baha Zain sebagai sasterawan negara

Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada penulis terkenal Datuk Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain.

Perkara itu dimaklumkan penulis yang rapat dengannya Dr Faisal Tehrani, setelah dihubungi Shahnon yang mesra dengan panggilan "Cikgu Shahnon" semalam.

Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya.

"Cikgu Shahnon menyatakan antologi puisi Baha Zain yang dibacanya membuatkan beliau berasa karyanya 'tidak bermakna dan tidak seberapa'," kata Dr Faisal melalui e-mel kepada Malaysiakini semalam.


Jarumemas: Itu adalah rezeki yang Allah berikan kepada Baha Zain. Siapalah Shahnon untuk mempertikaikan pemberian Allah kepada hambanya?

No comments:

Post a Comment