Ini dua perkembangan menarik dari Perak, pertama 'wanita besi' Tan
Sri Rafidah Aziz, mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding
mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13).
Bekas Ketua Wanita UMNO itu berkata keputusan diambil bagi memberi
laluan kepada golongan muda untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin dan
berkhidmat kepada masyarakat.
“Saya sudah menyatakannya sebelum ini. Saya tidak mahu bertanding
lagi. Umur saya sudah pun mencecah 70 tahun, jadi biarlah pilih yang
muda,” katanya
Rafidah, bekas menteri paling lama pernah berkhidmat di Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), berkata beliau juga sudah
mengusulkan beberapa nama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
sebagai penggantinya.
Jarumemas: Bak kata Tun Mahathir dulu semasa mahu bersara, berhenti sebelum kenyang....
No comments:
Post a Comment