KUALA LUMPUR, 18 Mac — Untuk mengekalkan pendekatan politik “ala
presiden”, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan kad laporan Barisan
Nasional (BN) mengenai pencapaian dan inisiatif dalam ucapan ala “State
of Union” malam esok, kata seorang pegawai kerajaan.
Pegawai parti dan pengkritik beliau telah menunjukkan kempen gaya
presiden Najib sejak mengambil alih jawatan pada tahun 2009 sebagai
faktor utama untuk mendapatkan undi dalam kempen BN bagi Pilihan Raya
2013. Pilihan raya itu dijangka akan diadakan dalam tempoh sebulan.
Dengan menggelarnya ucapan “State of Union” sama seperti yang
dilakukan di Amerika Syarikat, menteri dan pegawai mengatakan Najib akan
bercakap tentang pencapaian oleh kedua-dua Program Transformasi Ekonomi
(ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bermula pada 2010.
Jarumemas: Semoga dengan pembentangan laporan ini pengundi akan dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional berbanding parti pembangkang, yang lebih suka menabur air liur saja;
No comments:
Post a Comment