LAHAD DATU, 18 Mac — Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah
(ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu
mula dilaksanakan di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur
logistik sedia ada serta penambahan anggota dan aset keselamatan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata selain itu aset laut
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan digembleng bersama bagi
memastikan perairan Sabah bebas daripada ancaman luar.
PDRM akan melaksanakan segera usaha menaik taraf balai polis
Cenderawasih, menambah bilangan anggota dan mewujudkan pos kawalan
baharu di kawasan strategik di sekitar gugusan Felda Sahabat.
Jarumemas: Semoga semua naggota keselematan kita sentiasa dilindungi Allah dari segala mara bahaya.
No comments:
Post a Comment