KUALA LUMPUR, 6 Feb — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibidas
sebagai mahu memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
apabila menggesa penduduk negeri itu memakai baju pelbagai warna
bertemakan pembangkang semasa menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu
Cina anjuran Barisan Nasional (BN).
Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
berkata, niat itu sangat jelas memandangkan Lim sedia maklum bahawa
perdana menteri dijadual menghadiri majlis yang akan diadakan di Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Han Chiang di Pulau Pinang pada 11
Feb.
“Bila penduduk datang memakai warna yang diminta, beliau (Lim) ingat
dapat tunjuk kepada perdana menteri kononnya penduduk Pulau Pinang
menyokong mereka (pembangkang) pada pilihan raya kali ini,” katanya
kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Jarumemas: Sikap kita orang Timur adalah menghormati sesiapa yang lebih atas dari kita.
No comments:
Post a Comment