KUALA LUMPUR, 5 Feb — DAP menggunakan isu kalimah Allah
bagi mendapatkan undi bukan Islam untuk Pakatan Rakyat, kata Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib presiden Umno itu berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng yang mahu Putrajaya membenarkan penggunaan “Allah” untuk kitab
Injil bahasa Melayu hanyalah bersifat politik dan tidak memahami
mengenai kesucian kalimah tersebut.
“Semasa saya jadi Menteri Di JPM, kita mengatakan bahawa Majlis Fatwa
Kebangsaan sudah memutuskan penggunaan perkataan Allah hanya untuk
kitab-kitab agama Islam.
“Bagi saya, Lim Guan Eng sedang melakukan political diversion, untuk
menarik orang bukan Islam mengundi Pakatan Rakyat,” kata Ahmad Zahid
selepas merasmikan portal kerjaya veteran tentera selepas bersara,
KerjayaVeteran.my di sini hari ini.
Jarumemas: Memang sudah terang lagi bersuluh lakonan pembangkang ni....
No comments:
Post a Comment