KUALA LUMPUR, 6 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membebaskan
dirinya dari bertanggungjawab terhadap dakwaan pemberian kerakyatan
secara haram kepada warga asing di Sabah pada masa lalu, menegaskan
“perintah” adalah semata-mata untuk mereka yang layak.
Bekas perdana menteri yang sering dipersalahkan kerana “Projek IC”,
inisiatif tahun 1980am dimana kerakyatan Malaysia didakwa diberikan
sebagai tukar ganti kepada undi untuk Barisan Nasional (BN), mengulangi
pra-syarat untuk apa-apa anugerah kerakyatan adalah seseorang individu
perlu tinggal di Malaysia untuk tempoh masa tertentu, selain dari
syarat-syarat lain.
“Saya bersetuju kita boleh beri kerakyatan kepada mereka yang telah
menetap di sini bagi satu tempoh masa dan layak untuk menjadi
warganegara,” kata beliau kepada wartawan selepas melancarkan buku di
Universiti Malaya.
Tetapi Dr Mahathir kemudian menambah jika
benar dakwaan selama ini, beliau tidak boleh mempunyai kawalan mutlak
terhadap apa yang telah dilaksanakan di bawah sepanjang tempoh
perkhidmatannya sebagai perdana menteri.
Jarumemas: Saya pasti Tun bercakap benar memandang Tun adalah seorang yang berperinsip, tidak akan sewewenangnya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pendiriannya.
No comments:
Post a Comment