KUALA LUMPUR, Feb 6 — Amaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengenai demonstrasi ala “Arab Spring” di Malaysia perlu diambil
serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Menyatakan
beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas
Perdana Menteri berkata Anwar telah membuktikan dirinya sebagai “juara”
demonstrasi di masa lalu.
Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada
1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran
telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi
tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila Ketua Umum Parti
Keadilan Rakyat itu menyertai kerajaan.
“Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi
setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan
mendorong beliau mewujudkan “Arab Spring” supaya cita-citanya menjadi
kenyataan.
“Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi
negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri,”
kata Dr Mahathir dalam entri terbaharu dalam blog beliau bertajuk ‘Janji
Anwar’ di www.chedet.cc hari ini.
Jarumemas: Bila dilihat apa yang dilakukan oleh masyarakat Arab yang suka berdemonstrasi, lebih banyak kerosakan yang berlaku daripada kebaikan.
No comments:
Post a Comment