GEORGE TOWN, 2 Jan — Kelab pelabur harta mengenakan beratus-ratus
ringgit dalam keahlian bulanan yang bercambah di sini dimana ramai orang
memburu untuk hasil lebih tinggi dengan meletakkan wang mereka di
pasaran hartanah Malaysia dan merangsang pertumbuhan di tengah-tengah
laporan suram ekonomi, kata pemain industri.
Property flipping atau hartanah melibas — istilah dicipta
untuk menggambarkan harta dibeli pada harga rendah dan mendapat
keuntungan tinggi — muncul menjadi trend terkini di kalangan pelabur,
termasuk warga asing, yang membantu dengan membeli blok bangunan dari
tangan pemaju dan meningkatkan harga hartanah.
Pakar hartanah Ho Chin Soon berkata kelab tersebut adalah satu
fenomena baru kerana kepentingan yang semakin meningkat dalam pelaburan
hartanah di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran saham.
Beliau menyatakan sebelum ini terdapat hanya satu atau dua kelab
seperti itu, tetapi kini, terdapat lima hingga enam kelab pelabur di
negara ini dengan keahlian yang semakin meningkat antara 400 hingga 600
ahli setiap kelab.
“Ini mungkin disebabkan oleh persepsi bahawa hartanah adalah satu
pelaburan sah dan lebih stabil untuk menambah portfolio pelaburan
mereka,” kata pengarah syarikat maklumat hartanah, Ho Chin Soon
Research, kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.
Jarumemas: Ekonomi bercambah tetapi perlu diingatkan jangan sampai hak rakyat dan pelabur tempatan dinafikan.
No comments:
Post a Comment