NIBONG TEBAL, 16 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyandarkan sokongannya kepada DAP untuk terus memimpin Pulau Pinang
menjelang pilihan raya umum (PRU) walaupun tidak disenangi oleh penduduk
Melayu tempatan, sambil berkata beliau lebih rela menjadi “alat Cina”
DAP daripada bekerja dengan MCA.
Perkara tersebut dinyatakan Anwar dalam sebuah ceramah besar semalam di negeri kepulauan tersebut selepas
Barisan Nasional (BN) mendapat kembali keyakinan memenangi semula 17
kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan peluang sama rata di lima negeri
lain milik Pakatan Rakyat (PR).
Umno dan BN ketika ini memiliki 11 kerusi manakala selebihnya daripada 40 kerusi Dun adalah milik PR.
“Mereka boleh kata Anwar telah jadi alat Cina. Jadi apa masalahnya?
“Lebih bagus saya baik dengan Lim, yang jauh lebih baik
daripada Chua tetapi jika kamu mahu memilih Chua, silalah teruskan. Saya
lebih rela memilih pemimpin Cina dalam PKR dan DAP,” kata Anwar kepada
ribuan yang merujuk kepada rakannya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng, dan musuh mereka presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Jarumemas: Mengapa suka memperalat dan diperalatkan? Janganlah kerana kepentingan diri maka sanggup negara dan maruah orang Melayu digadai....
No comments:
Post a Comment