PETALING JAYA, 16 Dis — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi mahu melihat lebih banyak institusi pengajian tinggi awam
dan swasta
(IPTA/IPTA) menubuhkan Sekretariat Rukun Negara (SRN) bertujuan
menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri mahasiswa.
Abdullah berkata penghayatan secara mendalam mengenai Rukun Negara
itu sangat penting dalam membentuk pembangunan sahsiah dan jati diri
generasi muda sekarang.
“SRN berperanan melahirkan golongan belia yang bermoral, inovatif,
menghormati undang-undang negara dan mempunyai jati diri yang kuat serta
sayangkan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup
Kolokium Sekretariat Rukun Negara Kebangsaan 2012 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Kira-kira 200 penuntut yang memimpin SRN di IPT masing-masing menyertai kolokium empat hari bermula Khamis lepas.
Sementara itu, Koh berkata sehingga kini 133 SRN diwujudkan di IPTA
dan IPTS manakala 5,061 Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara. — Bernama
Sumber: Malaysiakini
Jarumemas: Rukun Negara adalah sandaran kepada perpaduan dan keamanan negara.
No comments:
Post a Comment