KUALA LUMPUR, 4 Dis — Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menafikan dakwaan sesetengah pihak
perlantikan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
dilaksanakan tanpa mengikut tender dan dibuat secara
tergesa-gesa.
Menurutnya, AES merupakan teknologi terkini bagi
mendapatkan gambaran serta membuat penilaian keberkesanan sistem ini di
negara-negara yang melaksanakannya.
“Lawatan ke negara-negara tersebut telah dibuat oleh pegawai-pegawai
kanan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2005.
“Di antara negara yang dilawati adalah Korea Selatan, Australia,
Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Perancis, United Kingdom dan
Switzerland yang menggunakan teknologi AES, dan lawatan juga dilakukan
ke negara China bagi meninjau dan menilai teknologi AES di negara
tersebut,” kata Solah dalam satu kenyataan hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: AES buat pemandu memandu lebih berhemah, ya ke?
No comments:
Post a Comment