KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan
kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan
bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah
melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya
Datuk Ramli Yusuff.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi
respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana
Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan
ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.
“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.
“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di
mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh
dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Berita lanjut....
Jarumemas: Politiking di mana-mana berlaku...
No comments:
Post a Comment