Masyarakat India perlu terus menyokong BN yang sudah ternyata mampu
membela rakyat, kata pengerusi BN Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed
Hamid Albar.
Beliau berkata tiada alasan untuk mereka memilih pembangkang yang hanya bercita-cita menawan Putrajaya.
Kerajaan
BN, katanya, telah menyediakan pelbagai keperluan masyarakat India
termasuk dalam bidang pendidikan, ekonomi dan usaha menaiktaraf
kehidupan mereka.
"Apa yang perlu, ialah kita bersama-sama
bekerja kuat, saling membantu supaya jangan ada dalam kalangan kita yang
ketinggalan, yang tidak dapat menikmati kemajuan, berhadapan dengan
kesusahan dan kemiskinan," katanya pada majlis penyampaian sumbangan
sempena sambutan Deepavali di Pejabat MIC Bahagian Kota Tinggi di Kota
Tinggi, malam tadi.
Berita lanjut....
Jarumemas: Janganlah jadi seperti lalang ditiup angin.
No comments:
Post a Comment