Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno menyediakan 10 peguam kepada 8,000
pelabur, yang membuat pelaburan emas mereka melalui Genneva Malaysia
Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia), untuk menuntut kembali pelaburan mereka
daripada syarikat terbabit.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti
Awam Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh berkata pihaknya menyediakan
perkhidmatan itu secara percuma dan meminta pelabur terbabit tampil
memberikan keterangan mereka.
Beliau berkata 8,000 pelabur itu
dibahagikan kepada dua kategori iaitu mereka yang telah membayar duit
kepada syarikat itu tetapi belum mendapat emas dan mereka yang
menyerahkan emas kepada syarikat itu tetapi belum menerima bayaran.
"Kita
akan membuat tuntutan kepada syarikat terbabit dan bukannya kepada Bank
Negara Malaysia (BNM). Ini adalah tindakan sivil agar para pelabur
dapat menerima pelaburan mereka dengan segera," katanya kepada pemberita
selepas sejam bertemu dengan pegawai Unit Siasatan Khas BNM, semalam.
Laporan
awal perakaunan menunjukkan operasi Genneva Malaysia mengalami kerugian
besar tahun ini dan mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.
Mengenai
pertemuan beliau dengan BNM, Khairun berkata beliau diberitahu siasatan
pihak berkuasa berjalan dengan lancar dan menafikan ada orang kenamaan
yang cuba mengganggu siasatan itu.
- Bernama
Jarumemas: Alhamdulillah, sekurang-kurangnya membantu mereka yang dalam membantu kesusahan.
No comments:
Post a Comment