Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata beliau sangat
benci apabila mendengar tuduhan bahawa beliau merupakan orang Umno –
seperti yang dikesannya dalam tulisan di blog tertentu.
Dalam satu wawancara disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Sultan Sharafuddin berkata tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu.
"Saya
beritahu kepada kakitangan istana, apa saja dalam blog dan portal yang
berkaitan dengan Selangor, cetak dan beri pada saya untuk dibaca.
"Tapi
malangnya dalam blog dan portal ini, semua yang mereka katakan adalah
saya orang Umno, sedangkan saya tidak menyebelahi mana-mana parti
politik," titahnya.
Turut ditimbulkan adalah tuduhan bahawa ucapannya disediakan oleh orang Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Hakikatnya,
Najib ada banyak kerja lain yang hendak dibuat. Ini seolah-olah mereka
cuba menyatakan saya tidak berotak dan tidak tahu buat ucapan sendiri,"
katanya.
Sultan Sharafuddin berkata, isu berkenaan juga ditimbulkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Berita lanjut....
Jarumemas: Kenapalah begitu biadap mereka terhadap Sultan.
No comments:
Post a Comment