Monday, 10 December 2012

JPJ sudah jangka vandalisme pada kamera AES

Ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan berkata jabatan itu sudah menjangkakan tindakan vandalisme ke atas unit kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang berlaku di dua lokasi di Selangor.

"Ada yang puas hati dan ada yang tidak puas hati itu sudah kita jangka dan ini juga berlaku di  negara lain," katanya seperti dipetik Bernama hari ini.

Laporan akhbar hari ini menyebut, dua kamera AES, masing-masing di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Utara Selatan mengalami masalah rakaman kerana disembur dengan cat.

Laporan yang memetik sumber polis menyebut, perbuatan vandalisme itu dsyaki dilakukan pada awal pagi memandangkan kedua-dua kamera didapati gagal mengesan kesalahan sejak jam 2.15 pagi.

Solah dalam laporan Bernama bagaimanapun berkata, JPJ kekal dengan keputusannya untuk melaksanakan AES walau ditentang sesetengan pihak.

"Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha  murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Biarkan mereka seperti anjing menyalak bukit!!!AES adalah demi keselamatan penguna jalan raya  yang memandu secara berhemah. Mereka yang masih melanggar had laju yang ditetapkan, saman saja!!

No comments:

Post a Comment