KUALA LUMPUR, 6 Nov — Ekoran serangan demi serangan yang diterima
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya yang didakwa
menyokong hak kebebasan beragama, pemimpin PKR itu hari ini menyatakan
kesediaan untuk bertemu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi
memberikan keterangan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menegaskan beliau akan
mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam, dan hanya
menyerahkan isu itu kepada sistem perundangan negara.
“Saya sedia (dipanggil Jais) ... (tetapi) atas nasihat peguam, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
“Peguam saya akan ambil tindakan seterusnya, saya tidak diberi lagi
(untuk) keluar kenyataan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen
hari ini.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu yang dibangkitkan terhadap anaknya
itu adalah helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu
penyelewengan Umno-Barisan Nasional (BN).
Berita lanjut....
Jarumemas: jangan sampai umat Islam di Malaysia ditimpa bala oleh Allah swt...na`uzubillah
No comments:
Post a Comment