KUALA LUMPUR, 6 Nov — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari
ini menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) belum memutuskan untuk
meletakkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di
Parlimen Pekan.
Anwar yang ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini bagaimanapun
mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikuti langkah Abdul
Hadi, untuk menyatakan kesediaan bertanding di Parlimen Marang, yang
kini milik Abdul Hadi.
“Kami belum membincangkan perkara itu ... Hadi kata beliau akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti.
“Tapi kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib
pernah hampir tewas ... jika benar beliau yakin, beliau perlu nytakan
kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang,” katanya.
Berita lanjut....
Jarumemas: Anwar sendiri yang patut bertanding di Pekan tentang Datuk Seri Najib.
No comments:
Post a Comment