Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau tidak
mempunyai obligasi, tanggungjawab atau kepentingan, untuk mengetahui
identiti dan latar belakang pemegang saham terbesar salah sebuah
daripada dua kontraktor bagi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Menurut laporan berbahasa Cina, Oriental Daily News,
Kong (kanan) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, berkata
beliau tidak mempunyai hubungan dengan pemegang saham tersebut.
Beliau
menjelaskan bahawa tender AES telah dibuka oleh kerajaan pada tahun
2006 dan kabinet bersetuju untuk memberikan kontrak tersebut kepada dua
firma berkenaan pada tahun 2008 sebelum beliau dilantik sebagai menteri
pengangkutan.
Pada hari Isnin, ahli jawatankuasa pusat PKR, Chang
Lih Kang mendakwa bahawa salah satu daripada dua syarikat yang
diberikan kontrak AES itu, mempunyai hubungan dengan Umno Johor.
ADUN Teja itu mendakwa bahawa pemegang saham terbesar firma itu adalah anak sulung kepada dua pemimpin Umno terkenal di Johor.
Sumber: Malaysiakini
Jarumemas: Tak kisah siapa pemegang sahamnya tetapi kepentingan rakyat wajar dilihat terlebih dulu sebelum membuat sesuatu keputusan yang melibatkan orang ramai.
No comments:
Post a Comment