Monday, 22 October 2012
Kerajaan Kedah perlu jelaskan kerugian dialami syarikat berkaitan kerajaan
ALOR SETAR, 22 Okt — Kerajaan Kedah perlu memberi penjelasan mengenai kerugian dialami syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata segala ketirisan dan kerugian yang dilaporkan itu tidak boleh ditutup kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah cemerlang dan penyampaian sijil kanak-kanak Tabika Kemas dan Taska Permata peringkat Parliman Alor Setar di sini, semalam, Ahmad Bashah berkata perkara tersebut menjadi isu kerana banyak lagi projek kerajaan negeri juga mengalami kerugian.
Katanya, ini khusus bagi sebuah syarikat yang dibenarkan membuat pinjaman besar untuk menjalankan perniagaan di Papua New Guinea.
“Segala kepincangan ini (seperti dalam laporan audit) mesti diberi penjelasan. Kita mahu kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu dan pegurusan syarikat terlibat dan janganlah berdiam diri,” katanya.
Berita lanjut...
Jarumemas: Bukan senang jadi pemimpin, perlu bertanggungjawab atas segala kepincangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment