Monday, 22 October 2012
Faktor ‘Ah Jib Gor’ akan menarik undi Cina ke BN, kata delegasi MCA
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Populariti Datuk Seri Najib Razak atau faktor “Ah Jib Gor” akan membantu memujuk sebahagian segmen pengundi Cina menyokong kembali Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata pemimpin akar umbi MCA, akan tetapi memberi amaran sukar untuk mengalahkan pembangkang di kubu kuat mereka di bandar.
Ini adalah sentimen di kalangan perwakilan yang menghadiri mesyuarat umum tahunan ke-59 MCA di Wisma MCA semalam, yang dilihat sebagai peluang terakhir parti itu untuk mencartakan strategi pilihan raya menjelang pertempuran yang paling sukar bakal berlaku beberapa bulan akan datang.
“Najib adalah baik kerana dia telah melakukan banyak program untuk rakyat, saya yakin orang Cina akan mengundi BN,” kata seorang perwakilan, Lim Chee Cheong dari MCA Rasah, Negeri Sembilan.
“Najib telah melakukan banyak untuk orang Cina. Dan beliau mempunyai sokongan kami dan sokongan masyarakat Cina juga,” perwakilan lain, Loke Poh Chye dari MCA Pengkalan Kota, Pulau Pinang, memberitahu The Malaysian Insider.
Berita lanjut...
Jerumemas: Sewajarnya rakyat berterima kasih kepada kerajaan terutamanya kepada PM yang telah banyak memberi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment