Friday, 7 September 2012
Umno Mesti Lebih Kuat Bersatu Jika Mahu Menang Dua Pertiga
KUALA LUMPUR -- Umno dengan kekuatan 3.2 juta anggota, mampu memastikan kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen untuk Barisan Nasional, jika semua anggotanya bersatu dengan lebih erat menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Alhabshee.
Katanya penyatuan terpenting ialah dengan menyokong siapa pun calon yang akan diketengahkan pucuk pimpinan untuk bertanding dan bekerja keras mencapai kemenangan itu.
"Sebagai anggota parti, taat setia kita adalah kepada Umno dan bukannya memburu kepentingan jawatan. Saya sokong kenyataan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini... keutamaan kita yang lebih besar adalah memastikan kemenangan parti," katanya kepada Bernama Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Ahad lepas yang menegaskan bahawa Umno tidak memerlukan pemimpin yang hanya berjuang untuk mengisi perut, jawatan dan juga kuasa.
Syed Ali berkata Umno Wilayah Persekutuan juga sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 sekiranya ia berlangsung pada November ini.
-- BERNAMA
Jarumemas: Beri peluang kepada orang muda untuk terajui UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment