Friday, 7 September 2012

Dr Mahathir tidak peka kepada situasi semasa, kata PKR

KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ahli dewan undangan negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) menyifatkan bekas perdana menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak peka kepada perkembangan semasa di atas kenyataannya memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Dr Mahathir berkata rakyat tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR memerintah nanti. Dalam ucapannya di Lembah Pantai semalam, Dr Mahathir mengingatkan rakyat untuk tidak “menukar pemimpin” itu kerana ia bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya mengingatkan berkemungkinan ia langkah yang amat teruk. “Saya rasa dia tidak peka kepada situasi yang berlaku dalam dunia sekarang. “Saya rasa rakyat sudah matang dan mampu membuat keputusan sendiri dengan baik. “Jika pemerintah baru tidak mengamalkan corak pentadbiran yang lebih baik dan telus, mereka boleh nilaikannya sendiri,” kata Nik Nazmi kepada The Malaysian Insider. Nik Nazmi turut mempersoalkan bekas PM tersebut sama ada dia terlupa siapa yang memerintah Malaysia selama 55 tahun serta mengamalkan dasar dan polisi berat sebelah sepanjang tempoh tersebut. Sumber: Malaysian Indiser Jarumemas: Dah dasar pembangkang yang enggan menerima pa pandangan orang lain, mereka sahaja yang betul.

No comments:

Post a Comment