Tuesday, 11 September 2012

Transparency International dakwa kerajaan juga guna dana asing, sokong Suaram

KUALA LUMPUR, 9 — Badan bebas antarabangsa membanteras gejala rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) tampil mempertahankan badan hak asasi manusia, Suaram yang diserang oleh pelbagai pihak atas dakwaan menerima sumber dana asing. TI-M memberi alasan bahawa kerajaan juga menerima sumber dari banyak negara luar dan menegaskan amalan tersebut tidak salah. Presiden badan tersebut, Datuk Paul Low, berkata seperti Suaram, pihak TI-M juga menerima dana daripada pelbagai sumber luar sejak beberapa tahun lalu. “Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia yang berdaftar, TI-M sedar kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pergerakan masyarakat awam bagi mengumpul dana untuk projek kami dan pelbagai aktiviti lain. “Malah ramai rakan kongsi dalam masyarakat menerima dana asing dalam bentuk tertentu atau lain-lain,” kata Low. Berita lanjut... Jarumemas: Tak suka bersaksi ke lutut

No comments:

Post a Comment