Tuesday, 11 September 2012
‘Mahfuz perlu buktikan Perkasa terlibat dalam insiden lempar kasut’
KUALA LUMPUR, Sept 11 — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mahu naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar untuk membuktikan tuduhannya bahawa individu yang melempar kasut didalam sebuah masjid di Alor Star ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberikan tazkirah adalah seorang ahli NGO tersebut sebelum membuat tuduhan.
“Jika benar dia (individu lempar kasut) ahli Perkasa, polis silakan ambil tindakan, polis jangan tergesa-gesa.
“Tetapi, buktikan dahulu dia tu ahli Perkasa. Mahfuz kena buktikan. Kenapa nak besar-besarkan isu ini sebelum ianya dibuktikan?
“Pendirian Perkasa, kami tak bersetuju dengan politik seperti ini,” kata Ibrahim dalam sebuah wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider semalam.
Berita lanjut...
Jarumemas: Persoalannya, benar ke orang Perkasa yang baling kasut?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment