Tuesday, 18 September 2012
Dr M: Kebebasan bersuara boleh, kebebasan menghina tidak
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersama-sama umat Islam seluruh dunia mengkritik filem “Innocence of Muslim” yang menghina Nabi Muhammad dengan mengatakan tidak ada masalah untuk kebebasan bersuara, akan tetapi, tiada kebebasan untuk menghina.
“Apa seseorang akan rasa jika seseorang lain datang kepada dan memanggilnya anak haram — akibat hubungan seks antara ibunya dan beberapa lelaki yang bukan bapanya.
“Bagaimana seseorang akan merasa?
“Rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak akan merasa apa-apa kerana dalam masyarakat mereka ini adalah normal.
“Ibu mereka tidur dengan sesiapa sahaja. Mereka akan berkata, itu adalah norma.
“Begitu juga dengan bapa-bapa mereka. Ia adalah satu ungkapan kesaksamaan jantina.
“Orang Asia dan umat Islam akan berasa terhina. Mereka mungkin akan membunuh orang yang mengatakan perkara-perkara seperti itu terhadap ibu mereka.
“Kebebasan bersuara, ya. Tetapi ucapan menghina, tidak!
“Pastinya, tidak ada orang Asia ingin dipanggil anak haram walaupun sebagai jenaka,” tulis beliau dalam blognya, www.chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir turut menyelar setiusaha negara AS Hillary Clinton kerana mempertahankan filem “Innocence of Muslim” diatas dasar kebebasan bersuara yang merupakan sebahagian daripada nilai hak asasi manusia.
Berita lanjut...
Jarumemas: teringat cerita P. Ramlee bab pijak kertas yang digumpal seperti memijak 'kepala bapak kau'....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment