Tuesday, 28 August 2012

Syawal dan hudud

28 OGOS — Saya mengambil masa yang panjang untuk menulis sesuatu tentang perkara serius kerana tidak mahu tersasar dari intipati tajuk. Saya lebih selesa tajuk santai sambil menceritakan keadaan dan peristiwa. Tajuk serius memerlukan pentakrifan dan pengkategorian yang jitu dan mantap manakala bersantai gambarannya adalah longgar dan bersahaja. Saya belum mencuba menulis dengan kombinasi kedua-dua cara serentak, pasti ia sesuatu yang menarik apabila pembaca mendapati dalam bersantai ada keseriusan dan dalam keseriusan ada santai. Adakah harapan? Saya mendapati ruang yang baik untuk saya menulis dengan cara santai dengan saya membicarakan persoalan hudud yang muncul di ambang Syawal. Apakah mesejnya bahawa hudud muncul di ambang Syawal dan pada penghujung umat Islam berpuasa di bulan Ramadan, Allah sahaja yang mengetahui, namun Syawal adalah bulan kemenangan, adakah ini membawa petanda bahawa isu hudud yang sekian lama dibahaskan di seluruh dunia Islam akan muncul di Malaysia dalam suasana penuh kemenangan, yakni orang ramai dapat menerimanya? Inilah yang menjadi persoalannya, dapatkah orang ramai menerimanya? Nasha Nama Ustaz Nasha bukanlah baru, tokoh ini muncul semasa Ustaz Fadhil Mohd Nor menjadi Presiden PAS malah disebut-sebut sebagai bakal kepimpinan PAS yang hebat. Kemunculannya di pesada parti PAS sebagai Setiausaha Agung dilihat sebagai satu karier politik yang ada potensi kerana jawatan itu adalah merupakan keutamaan Presiden untuk mencadangkan nama penjawat yang sesuai. Karier beliau terus meningkat dengan pencalonan sebagai Timbalan Presiden dan menang mengalahkan tokoh veteran PAS Ustaz Harun Taib. Dalam pemilihan baru-baru ini, Nasha kalah dengan ayam sabung PAS, Mohammad bin Sabu aka Mat Sabu. Kekalahan itu dilihat sebagai titik tolak hubungannya yang renggang dengan PAS. Baca selanjutnya... Jarumemas: Hanya jauhari yang kenal manikam

No comments:

Post a Comment