Tuesday, 28 August 2012
Kolumnis Pro-Israel dipecat, tidak telus petik ucapan Najib, kata akhbar Britain
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — The Guardian hari ini memecat koresponden Amerika Syarikat mereka, kolumnis konservatif Amerika Joshua Trevino, kerana telah memetik ucapan Datuk Seri Najib Razak dalam tulisannya untuk akhbar British tersebut tahun lepas tanpa mendedahkan tentang beberapa percanggahan konflik yang wujud ketika itu.
Pada masa yang sama, beliau juga merupakan seorang perunding untuk syarikat perunding yang terlibat dalam kempen mengatur berita oleh kerajaan Malaysia selain menguruskan sebuah laman sesawang yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang lain.
“Ini adalah berkaitan sebuah penulisan blog Trevino yang ditulis sebagai penyumbang dalam laman sesawang Guardian edisi AS — sebelum beliau dikontrak — pada 28 Februari 2011 mengenai pertanyaan seorang ahli kongres Republican mengenai radikilisai Islam, yang turut memetik ucapan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak,” kata Chris Elliot, seorang editor pembaca, juga bertindak sebagai wakil dalaman The Guardian.
Baca seterusnya...
Jarumemas: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jadinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment