Friday, 3 August 2012
PKR mengecam penahanan Rafizi di bawah BAFIA
KUALA LUMPUR, 1 Ogos ― Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini mengecam keras tindakan pihak polis menahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pagi ini di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan maklumat skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Menurut Azmin, penahanan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba menutup segala pekung dalam penyelewengan dan salah guna kuasa dari diketahui oleh rakyat.
“Rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara,” kata Azmin dalam kenyataan media yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider tengah hari tadi.
Berita selanjutnya...
Jarumemas: Adakah tindakan Rafizi itu dianggap sebagai wira?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment