Friday, 3 August 2012
Anwar: Najib ada ‘dendam peribadi’ dengan Rafizi
KUALA LUMPUR, 1 Ogos ― Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak mempunyai 'dendam peribadi' ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan skandal dalam pentadbirannya, dengan niat untuk menutup mulut pemimpin muda tersebut.
Ketua pembangkang itu berkata dia pasti bahawa tuduhan terhadap Rafizi itu kerana pendedahan National Feedlot Corporation (NFC), yang dijalankan oleh keluarga kepada bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan konsortium George Kent yang berjaya memenangi bidaan kontrak projek tambahan LRT Ampang.
Rafizi telah berulang kali menuduh Najib dalam campurtangan ke atas bidaan tender dan menganugerahkan kontrak jutaan ringgit itu kepada George Kent, yang beliau dakwa dimiliki oleh 'kawan rapat' kepada PM yang juga mendapat penilaian terendah dari segi penilaian teknikal dan komersial dalam projek tersebut.
Berita selanjutnya....
Jarumemas: Macam-macam tuduhan dilemparkan Anwar dan kuncu-kuncunya terhadap kerajaan apabila orang-orangnya dipersalahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment